Friday, January 20, 2012

untuk keluarga besar besaran

Keluarga,

aku xberjumpa bukan membenci
sakit hati tu ya.
menyampah tu ya
bosan tu ya
tapi paling betul
aku xnk membunuh diri dengan menjadi orang lain

kesalahan masa lalu aku dihina diherdik secara halus-halusan
sencara senyap dalam dialog
secara dalam senyuman
mendalam dan hening perit seperit2 nya

dari semua cemuhan
aku jujur, ada itu memang salah aku.
adanya, maaf aku x akan boleh terima.

aku xnak ,
kehadiran aku cuma ada sumpahan2 dipaksa
setiap saat hati menulis kata hina
dan kaki nak lari dari semua.

aku dan yang lain beza nya jauh, macam titik hitam atas baju bersih. atas tu, secara x verbal, aku dipulaukan,
jadi aku lari, dari keluarga
untuk aku buktikan, aku ingin berubah

jadi aku pohon maaf dulu
atas perkhawinan yang x aku hadiri
makan malam yang x aku ingini
hari keluarga yang aku jauhi
semua berkenaan dengan keluarga
yang aku xmahu untuk sekarang

dari aku mencipta alasan
atau mencari jalan untuk alasan,
kali ni aku jujur
memang ikhlasnya aku untuk tidak mahu hadir.

pohon aku lagi
maafkan tindakan aku
doakan azam aku,
dan benarkan aku untuk lari.
insyallah, sekejap saja
aku buktikan kali ni aku mampu

sampai satu masa aku berjaya
mungkin dengan doa-doa dari kamu semua
aku akan kembali semula
kali ni aku jujur macam aku
aku begerak seperti yang aku mahu
waktu tu, aku adalah orang yang kamu semua ingini
perempuan bermaruah tinggi.
perempuan mampu menjaga diri.


Terima kasih, yang ikhlas dan yang masih tidak memahami tapi luangkan masa membaca,

-sebab aku dibesarkan dalam keaadan mebentuk ideology sendiri, aku pilih jalan berseorangan

No comments: