Wednesday, March 2, 2011

revolusi

Lama dah tak menulis macam ni kan. Mungkin sbb dgn sibuk kerja serta environment yang xboleh buat apa2. Ohh sebelum tu nak tulis apa yg tengah igt ni

“kerja kita ada lapangnya, dari sibuk yang tak dapat di atasi pasti ada baik yang diisi, syukurlah. Bukan masa yang mengjadi ukuran, tapi cara yang harus kita fikirkan. Saat ini cantik atau buruk bukan lagi pangkalnya tapi akhirnya itu keputusan”

Kata-kata ini diluahkan oleh seorang artis lama dalam linkungan 60-an semasa berurusan kerja untuk projek NIC yang aku tengah buat ni. Dia ckp mcm ni buat aku tersedar “ adoi lama nya aku x isi masa aku sendiri, lama nya tak menulis,melukis,berjalan dan begambar.” Aku mungkin tahu aku tak sehebat penulis penulis di luar sana, tidak lah sepandai pelukis2 lama mahupun jurugambar yang hebat2. Tapi aku suka. Aku suka habis masa dengan pekara2 mcm ni. Tenang puas dan gembira. Tapi sejak aku berkeja dalam industri ni aku dah lupa untuk buat semua yang aku suka. Mungkin blog ni pon dah berhabuk. Haha!

Kerja yang aku sedang lakukan ini banyak menguji kesabaran dan ketabahan aku. Jujur aku rasa sampai dah tak mampu nak teruskan. Tapi aku fikir aku lebih untung dari semua rakan2 aku sekarang. Pengalaman yang sangat susah untuk dapat di waktu muda macam ni. Aku di hina dengan usia dan rupa aku sendiri, di cabar kebolehan aku untuk terus dalam indurstri ini. Kerja-kerja yang tidak pernah aku fikirkan untuk aku buat telah ada dalam tangan aku sekarang.alhamdullilah kerja ini jugak banyak mengubah pandangan,pemikiran aku yang dulu nya mungkin cetek sekarang lebih rasional. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, aku dapat mendengar dan memikirkan dengan lebih mendalam siapa semuanya orang disekeliling aku

Bila aku bergaul dengan orang yang jauh dari umurku, segala tindakan bahasa aku diambil kira. Dari hujung rambut hinggalah hujung kaki pakaian perangai aku dilihat. Rasa kalau nak cakap sepatah pon aku takut. Dulunya aku sangat berani bentangkan idea bercakap lantang atau menyuarakan apa sahaja tapi sekarang aku lebih ingin mengetahui pandangan mereka. Sngat menarik bila aku jumpa macam-macam jenis orang. Aku belajar melalui cara mereka bercakap,membalas,mengkritik dan memerli. Haih naik bulu roma bila teringat balik. Orang-orang lama ini yang banyak bantu aku, ajar aku secara tidak langsung. Aku bangga melihat mereka yang sungguh penuh dengan pengalaman sehingga aku merasakan diriku aku mmg betul2 merangkak. Jadi nak tak nak aku perlu berkerja lebih dari aku sekarang. I push myself over the limit.

Ada yang yang buruknya. Ada yang dah lanjut usia tapi masih ingin berada di landasan muda. Aku disusah dengan orang-orang mcam ni. Kena buli pn ada.Ada yang dianggap seperti melayu cliché . Tapi takpalah. Kita masih lagi muda untuk menilai. Apa kata kita tgk kita amik yang mana kita nak. Kalau semua kita nak kritik ,kita pun apa kurangnya. Hahah! so apa yang dah lepas biarlah. Belajar .

Yang pastinya sepanjang aku berkerja jugalah ada yang emosi,terasa dengan tindakan aku menjauhi mereka, perbualan aku mungkin sudah berbeza. Aku dikejutkan dengan pandangan mengatakan aku ni dah macam orang tua. Aku terlalu kejarkan kematangan sampai lupa umurku. Jika difikirkan balik, mungkin ini yang aku suka, mungkin dengan cara ini buat aku lebih bahagia dari dulu. Dulu aku suka habiskan masa dan duit aku kepada tempat yang tak patut. Sekarang aku suka makan makan makan! Hahahah! Bagi aku tiada siapa boleh ukur kematangan . samalah macam dosa dan sebagainya. Bukan dengan tindakan aku menunjukan berapa umur aku. Takpalah aku maafkan. Mungkin aku lebih tahu dari semua siapa aku. Mungkin mereka tak duduk di tempat aku, jadi lebih elok kalau maafkan dari marah. Kan? Tapi aku syukur, kalau mereka tak rasa macam ni, mungkin sampai sudah aku tak tahu apa yang mereka rasa. Kalau tak gaduh x best pulak kan? Hahahha! Aku harap yang mana harus dibuah akan berubah yang mana elok terus lah kekal. Yang mana aku kene buang aku terpaksalah. Semua dah jadi hakikat dan keputusan.

Aku besyukur jugak keluarga aku lebih Nampak siapa aku.lebih tahu di mana aku. Mngkn ini ah berkat allah swt beri pada aku. Alhamdullilah. Aku dah pandai bergaul dengan keluarga sedara mara aku. Sudah pandai menyesuaikan masa mengembirakan hati apabila bersama mereka. Alhamdulliah mereka seolah-olah menerima aku. Xkesah lah kalau apa yang nak dikatakan . impian aku asal mereka selesa dengan aku dan aku selesa dengan mereka aku cukup bahagia. Positif betul! Hahaha!. Aku sangat gembira dengan keputusan abang aku untuk berkahwin. Mungkin sebelum ini aku kurang setuju tapi sekarang aku suka! Salah atau betul dia biar dia lah yang fikir. Xelok xrestu orang nak kahwin. Hahaha!

Aku harap semua orang faham macam mana aku sekarang. Aku harap apa yang rasa sekarang masih lagi berkekalan. Kemungkinan besar mungkin aku akan meneruskan impian aku untuk mengambil psikologi bagi degree aku. Insyallah. Secara tak sedar aku sedang mewarnai warna-warna dalam dalam hidup aku. Ada merah ,biru,kuning,hitam,putih yang aku campurkan untuk menjadi lagi ribuan ribuan warna.Aku nangis, aku ketawa,aku marah semuanya aku lukiskan dalam visual hidup aku sendiri,

Apa kata kita semua,yang baca,yang ada di sekeliling aku fikirkan apa yang kita dah warnakan dalam hidup kita. Seronok!

Tu jelah bebel aku, the rest aku nak muntahkan dengan gambar2 lama and baru!.x)

p.s: syok tulis kalau dengar lagu Coldplay, Amy Winehouse, James Morrison and Corinne Bailey Rae! hahah

No comments:

There was an error in this gadget