Sunday, December 20, 2009

episode

dah lame aku tak menulis dengan panjang kan. hari ni aku nak tulis2 lagi la. aku baru berkesmpatan untuk tgk muvi yang sangat banyak . have fun yang btul2 dan berjalan2 . jadi secara logiknya aku tak buat ape kerja bagi smester 6 aku lagi pun . adoi! baru aku sedar aku dah smester 6 dah . maama , anak mama ni dah masuk smester 6 dah bagi diploma , dah besar dah anak mama kan. huhu . aku rase mcm kejap je aku blaja. infact aku mcm rase ilmu yang aku kaut mcm sket je selama tiga tahun pembelajaran aku kali ni . tapi pengalaman yang aku rasakan sangat meluas dan aku bersyukur atas apa yang aku lalui.

sepanjang cuti ni aku dah pergi ke event art expo ,raja shahriman: rhythm of 21st century, rantai . aku xpegi ke event lain atas xsmpt. aku menelaah banyak painting , printmaking , digital art , graphic sculpture dan banyak lagi yang menarik. ohh btw aku juga dah berjaya beli barang impian aku dengan duit arwah mak aku iaitu camera dslr canon 500d, terima kasih mama , alhamdullilah. aku banyak beli buku2 karya untuk rujukan , buku2 ilmiah dan buku pandangan sosial . aku pun dah mula baca buku yang panda bagi aku pinjam tajuk buku tu "do the hear you when u cry" dan buku tu sangat best.the rest of my activities is watching movie , karoke , berpesta dan hanya makan2 kadang2. and mostly watching movies.

antara tu semua aku paling terasa dan sentap skali adalah muvi papadom , talentime n raja shahriman tuh . bagi buku plak aku skrg tgh asyik melayan novel yang panda bagi tu .sgt sedih. memandang kan aku sangat bersemangat nak becerita. so aku akan perkembangkan semua.

bagi muvi papadom n talentime. cuti ni baru aku berkesempatan untuk tgk , walaupun agak terlambat aku tetap menghayatinya . sejujurnya itulah movie yang terbaik bagi aku yang telah malaysia hasilkan untuk tahun ini. sangat simple . kene dengan apa yang mampu lakukan . tapi cukup untuk buat hati aku sungguh -sungguh tersentuh atas penyampaian . sememangnya adflin shauki dan arwah yasmin ahmad mmg seorang anak seni yang hebat dan itu tidak boleh dinafikan.filem tu mengingat kembali pada pada apa yang telah aku hilang dan apa yang aku akan hilang.sesugguhnya aku pernah merasakan sesuatu kehilangan yang sampai bila2 aku xkan pernah lupakan . seolah2 kau nak pegang tapi xkan pernah boleh, kau rase kau kehilangan rasanya. kepanasan pelukan , sentuhan dan ciumanya. bisingnya yang dahulu kadang2 memeritkan . aku mmg rindu. sangat- sangat rindu dan tidak ada pa yang boleh menggantikan apa yang aku dah lalui. aku besyukur terhadap ilahi atas apa yang aku dapat sebelum ni , sebelum ia pergi. aku masih merindukan baunya yang sungguh wangi , ilmu yang diberikan kepada aku dengan cara yang sangat unik . aku mmg betul2 merinduinya . tapi aku takkan pernah mampu merasakan apa yang aku telah rasakan sebelum ini . yang hanya mampu aku lakukan adalah menngu dia datang dalam mimipi aku. jadi aku pernah rasa kehilangan yang btul2 halus tapi pedih. jadi aku tak sanggup untuk merasakannya untuk kali kedua .tapi aku sedar dan aku faham atas kitaran yang telah ditetapkan . semuanya akan pergi dan berakhir. aku tak mampu untuk melihat kalau ayah aku pulak yang pergi , aku risau atas kesihatanya. ayah aku selalu cakap pasal kematian yang seringkali menakutkan aku. tolong lah ya allah. berikan aku lagi masa untuk bersamanya. aku merasakan kehilanggan sekali ,tolong lah bukan untuk kali kedua. bantu aku untuk lebih tabah kali ini . aku sanggup lakukan pa saja demi kebahagian ayah aku. bila aku tgk cerita papadom dan talentime ia menyedarkan aku pada apa yang aku lupa. tanggungjawab aku sebagai seorang anak. dimana letaknya aku? dulu aku selalu meletakkan kawan aku dahulu tanpa aku sedari. bila difikirkan balik , aku dah salah. dan aku cuba untuk betulkannya satu demi satu. alhamdulliah ia kembali baik sedikit demi sedikit. aku besyukur. terima kasih.

dengan raja shahriman the rhythm of 21st century telah mengejutkan aku dengan apa yang aku lalui. aku tahu mungkin apa yang cuba beliau sampaikan bukan lah apa yang aku cuba ceritakan sekarang ini ,tapi inilah perspektif dari pihak aku. disitu beliau cuba memberitahu bahawa peperangan yang seringkali berlaku hanya akan tewas. beliau ada menulis disitu di karya nya yang "dua pahlawan bisu sedang berperang" " konflik dalam islam itu sendiri " " akhirnya perperangan tiada akhirnya, semuanya akan tewas" .bagi aku apa yang diberitahu adlah untuk aku sendiri .aku cuba melawan segala dugaan yang aku tahu itu membahayakan tapi dalam masa yang sama aku sudah pun memasuki lingkaran yang berdosa itu . aku sendiri bergelut dengan agama aku sendiri walauoun aku mengutuk kebodohan agama lain. peranan anak2 tiga segi yang tidak akan pernah putus. bila aku fikirkan balik aku hanya mampu bersuara tapi tidak mampu melakukan apa2 . mcm seorang pahlawan bisu yang sedang cuba berlawan tapi diri sendiri sudah dibakar api. apa yang dilihat kuat hanyalah kelemahannya. kita sebagai manusia ingin menentang sesuatu yang tidak kita sukai. tapi sedarkah kita bahawa kita sendiri masih berperang dalam isu sosial, masyarakat dan agama..dan yang paling penting , diri kita?. aku dengan dunia seni aku , dengan masyarakat sekeliling aku dan juga dengan amalan yang gunakan sekarang ini. manusia yang tidak pernah henti gerak gerinya yang pasti akan akhirnya tewas. aku keliru . aku keliru dimana kah kaki aku berada sekarang. adakah aku seorang umat islam yang sebenar atau aku hanya atas dasar nama yang berwatakan setan? aku cuba untuk mengubahnya tapi aku seringkali disuapkan dengan hiburan yang akhirnya tidak mendatangkan apa2. jadi dimanakah sebenarnya aku sedang berperang. dan mmg raja shahriman sangat berjaya menyampaikan apa yang ingin disampaikan. bagi aku peperangan yang cuba dia maksudkan bukan lah peperangan yang ada di mata dunia sekarang ini . tapi peperangan diantara dalam individu itu sendiri . kitalah pahlawan kita lah wira dan kita jugalah si durjana yang tewas. jadi apakah penyelesaiannya?. itu yang aku rasakan. beliau mmg hebat.

jadi disinilah aku . meneruskan lagi langkah dan gerak diri ku untuk mencari kebenaran dan kebahagian . dengan kuasaNYA , aku percaya aku akan berjaya. aku yang disangka gagah dimata orang lain hanyalah seorang anak perempuan kecil yang cuba mencari diri nya sendri tapi lemah.